Asal usul Keluarga Dajjal
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau
apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya
“MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt
ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya
turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan
di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan
kematiannya sehinggakiamat nanti.
Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi
sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani lsrail
warisan Nabi Sulaiman. Ini berdasarkan masa kelahiran Nabi Musa,
kira-kira satu abad sebelumnya.
Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza, setelah 31 tahun
berkahwin, lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua orang
tuanya, sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kedua
matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.’
Keluarga Dajjal, Ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti
Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq”
manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman
as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman
ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara.Ibu dan
abang-abangnya adalah penyembah berhala. Dulu, mereka menyembah sebuah
berhala berbentuk seperti lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan
sekadar patung lembu betina, ia adalah syaitan durjana yang menyerupai
dirinya seperti patung lembu betina. itu. Mereka menyembelih binatang
untuk dikorbankan kepada berhala. Yang sebenarnya dipersembahkan kepada
syaitan, berserta minuman arak yang dihulurkan setiap hari. Disamping
itu mereka juga suka melakukan penghambaan atau persembahan dan
ketaatan. Setiap pagi mereka lihat sisa-sisa dan apa yang mereka
korbankan di tempat itu. Sangka mereka, itu adalah sebagai tanda bahawa
Tuhan mereka merestui apa yang mereka lakukan. Permintaan kedua-dua
orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak lelaki. Akhirnya Allah
s.w.t. pun menjadikan kehamilan keatas seorang wanita yang yang
dilahirkan dari perbuatan zina antara mahram dengan seorang suami yang
juga dilahirkan dan hasil perzinaan antara mahram.( bapanya adalah hasil
hubungan sumbang mahram dan begitu juga ibunya )
Sementara itu syaitan pun turut ikut masuk ke saluran kencing lelaki
penyembah berhala setiap kali dia menggauli isterinya. Jadi Syaitanpun
turut mencampuri isteri penyembah berhala itu bersama-sama suaminya.
Bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang
penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang ditakdirkan oleh Allah.
(Dalam buku lhdzaru aI-Maslkh adDajjaI menyatakan Dajjal lahir dari
hasil hubungan ketika ibunya sedang menstruasi, lalu terjadilah
kehamilan sebagai pengaruh perbuatan Syaitan)
Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, ribut salji
dan hujan lebat, pasangan suami isteri itu mendengar suara dari patung
lembu betina liar yang memberitahu bahawa dia telah meredhai
kedua-duanya. Bahkan, katanya dia memerintahkan malaikat untuk
mengurniakan kepada mereka seorang anak. Tetapi jika kedua-duanya tidak
memperbanyakkan ketaatan dan penyembahan berhala serta tidak banyak
menumpahkan darah korban, maka dia akan menggantikan anak lelaki itu
dengan anak perempuan.
Apalagi, kedua-duanya pun sujud dan bersimpuh depan patung itu dengan
penuh setia sambil menyatakan mereka mahukan sangat anak Ielaki. Patung
syaitan itu menyuruh mereka menyembelih seekor lembu betina gemuk dan
besar. Kemudian menyuruh diletakkan sembelihan itu di hadapan patung,
dan selepas itu mereka berdua dilarang untuk masuk ke tempat itu
sepanjang malam.
Apa yang berlaku sebenarnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua
untuk melakukan apa saja menurut kehendak dan kemahuan Syaitan.
Syaitan dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa.
Sebab jin boleh melihat apa yang ada dalam jasad manusia, sama seperti
melihat manusia melihat filem X-Ray, sehinggakan dia dapat melihat
kandungan perempuan itu sejak awal lagi. Namun begitu syaitan tidak tahu
apa yang akan terjadi, Syaitan tidak tahu apakah anak itu perempuan
atau lelaki tetapi dia tahu betapa besar kemahuan pasangan itu dengan
kelahiran anak lelaki.
Perempuan itu pun melahirkan anak lelaki tetapi anak yang baru lahir itu
cacat kedua-dua belah matanya sejak lahir. Bayi itu suka tidur malam
dan siang serta amat jarang bangun untuk menghisap air susu ibunya yang
berbadan besar.
lmam Ahmad meriwayalkan dalam Musnad, iaitu sebagaimana sabda Rasulullah mengenai keluarga Dajjal.
“Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan
ibunya fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan berbadan gemuk. Kedua
tangannya panjang dan kedua teleknya pun besar. Oleh kerana anaknya
tidak disusui oleh ibunya susu, Ia bahkan dapat mengakibatkan keracunan
yang berakhir dengan kematian. Jadi anak Ielaki itu sejak awal memang
telah mendatangkan sial kepada ibunya.
Paling anehnya, anak lelaki itu bertahun-lahun duduk diam dan hanya
bergerak beberapa kali, sehinggakan orang tuanya menyangka dia lumpuh
atau pun Tuhan mereka sudah murka. Maka mereka pun menyajikan berbagai
jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak lelaki itu tetap seperti itu
juga, tidak ada sebarang perubahan.
Selama empat tahun sebelumnya dia belum pernah berjalan. Padahal orang
tuanya telah memberikan air susu kambing serta berusaha untuk
menggerak-gerakkan kedudukan anaknya. Anaknya itu hanya minum seteguk
dua sahaja, kemudian terus tidur. Melihatkan anaknya dalam keadaan
seperti itu, orang tuanya tidak pernah merasa tenang. Hatinya sentiasa
tertanya-tanya apakah anaknya masih hidup. Mereka sering melelakkan
tangan atau melekapkan telinga pada dada anaknya itu. Di dapati anaknya
masih hidup.
Sebagaimana kala Rasulullah s.a.w.. “Kedua matanya tidur, tetapi hati tetap terjaga.”
Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak bangun, sementara orang
tuanya sedang tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri untuk berjalan
dengan kedua kakinya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan tanpa
diketahui oleh kedua orang tuanya, seakan-akan ada roh lain yang
menyusup ke dalam rohnya sambil memberitahu dan membantunya untuk
berdiri dan berjalan. Sudah tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan
(Jinni Mutasyaithan). Kedua-dua mata anak Ielaki itu cacat dan dia telah
dirasuk oleh syaitan yang bersemayam dalam patung lembu. Syaitan itu
memimpin kanak-kanak itu menghala ke patung lembu betina. Kemudian dia
ditinggalkan tidur di sisi patung tersebut. Apabila ayahnya bangun dia
terus mendapatkan anaknya yang tertidur dipangkuan tuhan-tuhan patung
lembu betina itu. Ayahnya cuba mencari apakah makna peristiwa yang
terjadi itu tetapi tidak berjaya menafsirkannya. Lalu ayahnya itu tadi
pun memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai dengan
peristwia itu, mereka menuduh ayahnya sendiri yang membawa anaknya itu
dan meletakkannya dipangkuan tuhan-tuhan tersebut. Jiran-jiran itu tahu
anaknya itu lumpuh dan hanya boleh duduk sahaja.
Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap tersebar. Bagi
sesetengah orang yang mempercayainya datang berduyun-duyun ke rumahnya
untuk melihat dari dekat akan kejadian aneh yang terjadi kepada budak
lelaki itu. Dalam masa yang sama ada yang cuba mencari berkat dari budak
itu. Namun, hakim-hakim yang ada di kawasan itu berasa tidak senang
hati untuk menerima kebenaran kejadian itu dengan begitu saja. LaIu
mereka pun membawa ayah anak itu ke hadapan hakim besar di kota yang
kemudian memaksa ayahnya memberitahu apakah sebenarnya yang terjadi.
Ayah menceritakan perkara sebenar telapi hakim-hakim tidak mahu menerima
kenyataannya, lalu ayahnya itu diperintah masuk penjara dan didera.
Ketika di dalam penjara dia dipaksa membuat kenyataan bahawa tidak ada
sesiapa yang harus dipatuhi kecuali hakim agung yang menguasai negeri
tersebut.
Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku dan membuat
pengumunan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan
selain hakim dan bahawa tidak ada yang dapat memberi pertolongan atau
mendatangkan bencana selain hakim. Dengan pengakuan yang dia buat itu
maka dia pun dikeluarkan dari penjara tetapi anaknya itu terpaksa dijaga
di dalam istana dengan penuh perhatian dan tidak dibenarkan keluar dari
istana hakim.
Berita tentang keajaiban anak lelaki itu semakin tersebar luas
sehinggakan heboh dan peristiwa itu disebut sebagai A’jubah as Samirah
yang bermakna (Keajaiban Samirah) Hakim amat marah dengan peristiwa itu,
dia tidak mahu menerima kenyataannya. Menurut hakim lagi, anak lelaki
yang ajaib itu sebenarnya telah dirasuk syaitan. Berita itu pun disebar
luas ke seluruh pelusuk dunia.
Hakim tidak berdiam diri, dia pergi mencari dukun untuk mengeluarkan
syaitan dari badan budak itu. Hampir semua tempat ke pelusuk negeri dan
benua dicarinya bomoh, dukun serta tukang sihir untuk mengeluarkan
rasukan syaitan dari anak lelaki itu. Kerana menurut hakim syaitan itu
akan menggoncangkan singgahsana atau ‘Arsy Tuhan.
Apabila berita itu tersebar, suasana masyarakat pun menjadi kacau bilau
dan kelam kabut. Tiba-tiba ada seorang yang berpura-pura sebagai ahli
falsafah dari Samirah pun membuat pengumuman. Anak itu memang
betul-betul keturunan Samiri. Dua huruf ra dan ha’ (dua huruf terakhir
dari kata Samirah) Dulu ia membawa makna satu negeri iaitu negeri Syam
kerana Sam bin Nuh as., adalah pendiri gerakan Samirah setelah
terjadinya banjir besar. Ketika Sam masih kecil, dia tidak banyak
bergerak sehingga datang malaikat yang kemudian mengajarnya bagaimana
cara menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Syam.”
Tetapi tidak ada seorang pun yang mahu percaya dengan kata-kata ahli
falsafah itu. Sebaliknya dia pula dituduh orang gila.
Hakim pula telah memberi arahan supaya kenyataan ahli falsafah itu tidak
diperbualkan lagi oleh sesiapa pun. Barangsiapa yang cuba hendak
bercakap tentang hal itu akan dihukum.
Hakim pun membuat pengumunan anak itu diberi gelaran as-Samiri kerana
berdasarkan negeri kelahirannya dan bukannya sebab-sebab lain.
Ayah budak lelaki (Dajjal) itu pula kemudiannya mati kerana terlalu
menderita, kematiannya itu dipanggil adz-dzabhah ash-shadriyyal
almutakarrarah yang bermakna (tekanan batin berlanjutan). Ayahnya mati
kerana watak anaknya itu sangat ganjil.
Anak ajaib itu pun ditinggalkan dalam penjagaan dan pemeliharaan hakim
diistananya. Setahun kemudian, iaiitu ketika berumur lima tahun, anak
itu pun mula berupaya bangun dan tidurnya, setelah bangun dia cuba
berbual-bual dengan orang-orang di sekeliling istana itu, tetapi
perbualannya tengagap-gagap dan terputus-putus.
Orang-orang istana pun cuba hendak mengubati penyakit buta di matanya
tetapi doktor-doktor istana membuat kesimpulan bahawa penyakit atau
cacat itu tidak akan dapat disembuhkan secara perubatan biasa kerana
cacat itu nampaknya diciptakan oleh Yang Maha Kuasa.
Sebulan kemudian, ketika penduduk negeri itu sedang nyenyak tidur,
tiba-tiba datang peringatan dari Tuhan. Peringatan dari Tuhan itu datang
kerana penduduk negeri itu melakukan zina dan homoseksual, sebagai
orang-orang Sadum dan Amurah. Siksaan yang Tuhan turunkan itu secara
tiba-tiba tanpa diduga sama sekali.
Allah telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memasukkan penduduk
negeri itu ke dalam bumi, sama seperti yang dilakukan kepada penduduk
Sadum dan Amurah. Yang terselamat tinggal hanyalah seorang anak kecil
(Dajjal) yang berada di istana itu. Jibril telah ditugaskan membawa anak
itu ke suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang di sebut
Laut Yaman. Laut ini mempunyai peranan penting di masa akan datang. (
Dari Laut Yaman inilah nanti terbentang jalan yang akan dilalui seorang
saleh yang mempunyai peranan penting dalam memerangi Dajjal.)
Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga,
diawasi serta diberi makan dan minum oleh malaikat itu tadi. Anak itu
kembali seperti biasa, iaitu banyak tidur dan sedikit bergerak.
Sementara itu Jibril kembali menghancurkan negeri yang penuh dengan
kemaksiatan itu dan menebalikkan negeri itu sehinggakan bahagian atas
negeri itu menjadi bawah. Maka selesailah seksaan Allah ke atas
orang-orang kafir itu.
Kemudian Jibril kembali membawa makanan untuk anak itu dari rezeki Allah
dan demi menjalankan perintah Allah tanpa sebarang persoalan. Allah
menyayangi anak itu dan berfirman kepada Jibril, ”Hai Jibril, anak itu
adalah hambaKu. Tetapi di akhir zaman dia mengaku sebagai tuhan yang
disembah di muka bumi. Aku akan mengutus orang yang akan menyiksanya
dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu masa tertentu
yang tidak akan diingkari oleh hambaKu. Orang tersebut adalah seorang
nabi yang diutus pada suatu masa dan dia menjadi wali, tanpa wahyu pada
menjelang akhir zaman.
Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali dengan nama jazirah atstsu
‘ban ar-rahib we ad-dabbah al-halba yang bermakna pulau ular yang
mengerikan dan haiwan berbulu tebal. Sebab menurut cerita tentang pulau
itu, setiap orang yang hampir dan singgah di pulau itu pasti akan mati
disengat oleh ular yang panjangnya beratus-ratus meter. Sementara haiwan
berbulu tebal itu mempunyai lidah yang dapat bercakap-cakap dengan
berbagai-bagai bahasa di muka bumi ini dan ia menguasai pulau itu. Ular
itu adalah penjaganya dan buta matanya. Haiwan itulah yang
mengarahkannya.
Pulau itu sebenarnya kecil seperti sekumpulan batu yang membentuk satu
petak bumi yang penuh dengan berbagai mata air yang segar airnya serta
dikelilingi pokokpokok rendang yang saling berjalin. Pulau itu juga
dipenuhi dengan sumber-sumber yang berfaedah seperti berbagai-bagai
jenis bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok epal berwarna kuning berbentuk
aneh seperti kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi bukan
seperti kepala syaitan yang hodoh.
lklim pulau itu memang selamanya sejuk dan selalu turun hujan.
Pulau itu terletak di Lautan Hindi dekat dengan negeri Yaman. Pulau yang
didiami oleh anak ajaib itu nampak jauh dan terpisah dari pulau-pulau
yang jumlahnya banyak. Bahkan dari jauh pulau itu nampak seperti sebuah
bintang yang terlepas dari gugusan bintang lain, atau bagai sebuah bulan
yang terlepas dari edarannya yang penuh dengan planet-planet lain. Ia
menjadi sesuatu yang asing dan ganjil kerana ia telah ditentukan oleh
Yang Maha Kuasa.
Walaupun anak itu dikunjungi dan diawasi oleh Jibril siang dan malam,
namun anak itu tidak tahu. Kerana sebagai manusia biasa dia tidak dapat
melihat malaikat Jibril itu, kecualilah dengan perkenan Allah s.w.t.
Disamping itu anak itu pula asyik tidur seperti penghuni gua.
Pada satu hari ketika umur anak itu telah mencapai lapan tahun,
kedua-dua matanya mula terbuka diiringi dengan kesedaran hatinya.
Sesudah itu, dia tidak lagi banyak tidur. Dia hanya tidur sekejap
sahaja. Pada mulanya, setiap kali terjaga dari tidur dia akan
mendapatkan makanan dan minuman segar yang berada di sisinya, sehingga
habis makanan dan minuman itu, dia kembali tidur semula. Diwaktu ini,
dia sudah mampu berdiri, bergerak, dan berfikir.
Malah dia mampu menangkap ikan dalam air dengan petunjuk bisikan suara
yang terdengar dengan jelas di telinganya dan dia boleh faham maksud
seruan itu dengan jelas.
“Buatlah seperti begini supaya kamu menjadi begini,” kala bisikan malaikat Jibril kepada anak itu.
Anak kecil itu pun berjalan-jalan mengelilingi sekitar pulau yang dia
tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa berwaspada. Dia
berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati.
Pulau itu dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan binatang.Tidak ada
satu binatang buas dan ganas di pulau itu selain dari beberapa ekor ular
yang merayap dari Iautan yang menuju ke sana.
Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor
binatang yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang
menonjol seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan
bahasa yang dia boleh faham.
Binatang itu berkata,” Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh
Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah dilanda
malapetaka. Engkau dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah
yang menjaga makan dan minum engkau. Oleh itu janganlah engkau
mengkhianati janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap anak Adam
telah tertanam ketaatan kepada Allah dan beriman kepada Nya selama
mereka masih berada dalam fitrah kesuciannya. Kerananya engkau menjadi
Muslim dan Mukim yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini.
Dialah Tuhan yang Maha Esa.”
Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat kepadanya supaya
mengikutnya ke arah sebuah batu. Di batu itu tertera tulisan dalam
bahasa Arab. Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun
mengikutnya. Kemudian binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk
mengikutnya kepada berbagai permukaan batu lagi. Di batu-batu itu
tertulis kata-kata:
Batu pertama: La ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah)
Batu kedua: “Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya)
Batu ketiga: “Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. OIeh itu janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.”
Batu keempat: “Hanya engkau saja di pulau ini.”
Batu kelima: “Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini yang
sesuai dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu. Sembahlah
Allah dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada Nya,
yakni solat yang diwajibkan kepadamu. Allahlah Raja, Allahlah Maha Esa.
Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang
Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung. Dan Allah lah yang Maha Raja.”
Batu Keenam: “Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah
engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.”
Batu Ketujuh: “Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu
oleh seorang Nabi terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. yang datang menjelang
akhir zaman. Jika engkau beriman kepadanya maka engkau adalah manusia
masa depan yang beriman dan mempunyai keyakinan kepada Allah. Tetapi
jika engkau engkar kepadaNya maka engkau adalah manusia depan yang
dijanjikan akan mendapat seksaan Allah. Sesungguhnya engkau berada di
antara dua nabi yang berserah diri kepada Allah dan sebenarnya semua
nabi berserah kepada Allah. Jika engkau beriman dan yakin kepada apa
yang kami imani dan yakini, maka Allah akan memudahkan kamu untuk
mengimani penutup para nabi yang terdahulu dan pengganti nabi yang telah
wafat. Dia bernama Muhammad Al Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan
Rasul di tengeh-tengah kaum yang buta huruf. Dia berhijrah ke tempat
yang banyak ditumbuhi pokok kurma dan yang banyak mata air dan perigi
dengan tanah yang subur. Jika engkau mendustakan nabi yang mendahului
Muhammad maka Allah akan menutup hatimu dengan tabir kain yang hitam.
Hatimu menjadi hitam terkena sedikit warna putih dan condong kepada
keburukan bagaikan kendi yang penuh dengan lumpur di atas cermin terang.
Akibatnya, hatimu tidak dapat melihat cahaya dan akalmu hanya melihat
dirimu sendiri saja seperti lblis. Semoga Iaknat Allah ditimpakan
atasnya, yang mendiami Segitiga Bermuda yang lama itu dan engkau pun
menjadi teman karibnya. Betapa buruk seseorang yang ditemani makhluk
terkutuk dan dijauhkan dari rahmat Allah s.w.t. yang dibiarkan saja
sampai suatu masa di suatu negeri, iaitu di suatu lautan yang penuh
hembusan angin kelak ketika Allah tidak lagi menyayangi orang-orang
yang terusir dari rahmat nya
Jadilah engkau, wahai anak istimewa yang dijagai dan dibimbing malaikat
agung sebagai Mukmin yang mempercayai kewujudan Allah dan malaikatNya,
serta RasulNya. Jika tidak, engkau berada di dalam bahaya dan dimasukkan
kedalam penjara seribu tahun lamanya. Yang memperingatkan mu dan
menggembirakanmu di dalam penjara adalah seorang Arab Mekah yang
mendustakan Nabi yang jujur itu. Tempat hijrahnya adalah tanah-tanah
subur yang banyak ditumbuhi pokok kurma. Engkau akan berjasa pada hari
ketika tiba musimnya memetik kurma di negeri tempat di-isra’ dan
dimi’rajkan Nabi dari bangsa Arab itu. Ada banyak air melimpah yang
mengalir dan meresap ke dalam tanah di dataran tinggi dan di tanah
Thabaniyyah. Haram atas dirimu memasuki kota Mekah yang dimuliakan
Allah, Tuhan semesta alam.
Engkau tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah
Uhud. Uhud adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun
mencintainya. Engkau juga tidak boleh masuk negeri Quds tempat isra’ dan
mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang
ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi) dan dia meninggalkan
tulisan ini untukmu, disamping batu beser berupa cincin dari Jibril
utusan Allah Tuhan semesta alam!’
Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling besar
di antara batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di situ, dia
terjumpa sepotong batu yang indah warnanya. Tanah berwarna seperti
dakwat emas berkilat yang digunakan Jibril untuk menulis. Pada potongan
batu itu tendapat peringatan Allah s.w.t. yang berbunyi. “Dan tidaklah
Kami menyeksa sehingga Kami mengutus seorang rasul (Al Isra 17:15)
lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah tersebut bukan berasal
dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun. Hanya Allah
saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki kira-kira sebanyak
sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya tidak sama
walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita.
Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu juga
bahawa anak itu diberi kebebasan untuk memiIih haluan masa depannya.
Apakah di masa akan datang dia mahu menjadi orang baik atau orang jahat.
Jika dia menjadi orang baik, maka dia akan menjadi seorang lelaki biasa
dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat,
maka dia akan menjadi seorang yang mengaku AKU SEBAGAI TUHAN yang
berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan atas alam jin kafir dan syaitan
dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia akan menjadi raja yang
menguasai alam manusia, sedang engkau termasuk salah salu di antara
mereka.Dia akan memerintah tetapi hanya menjadi raja dalam waktu yang
singkat sahaja.
Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang tahu sebab segala
sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui kesudahan
segala sesuatu kecuali Allah s.w.t.
Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu.
“Kalau begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah motif yang mendorongmu
datang ke sini? Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan
sehingga engkau mampu bercakap seperti manusia?” Binatang itu
menjawab.”Aku memang seekor binatang yang diciptakan dan diperintahkan
untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di sini bersamamu. Jibril,
malaikat itu akan membawamu dari hutan di penghujung dunia nanti. Hanya
engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu keturunan subur yang
telah hancur. Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika Jibril
tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau ini bersamamu
sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama
dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu.” Binatang itu memberitahu
bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu
Ia akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana
lazimnya. Dia tidak akan bencakap untuk kali kedua kecuali jika masa
keluarnya anak itu dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat.
Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk
menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi.Sesuatu yang
ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhluk. Ketahuilah bahawa apa
yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-wasiat dari malaikat Jibril
itu.
Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan kembali seperti binatang
semula. Ia bernama Jassasah yang bererti terus menerus memerhati untuk
mencari maklumat dan memberitahukannya kepada anak itu.